Tempatan

Pemangku Raja Pahang Buat Lawatan Mengejut Ke PPS Kampung Serambi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PEKAN, 03 Januari 2022 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah baru-baru ini melakukan ziarah mengejut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Serambi, Bebar.

Baginda menyantuni dan bertanya khabar kepada semua mangsa banjir di PPS tersebut dalam keberangkatan baginda yang tanpa diduga itu, lapor Pahang Media.

Dalam ziarah itu, Tengku Hassanal turut sama bergotong-royong membersihkan PPS di Sekolah Kebangsaan Pulau Manis.

Terdahulu, kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM14 juta bantuan wang ihsan banjir bagi meringankan beban mangsa banjir di Pekan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADN Bebar, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, peruntukkan ini melibatkan seramai 907 ketua isi rumah (KIR) yang terlibat banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: