Tempatan

PM Umum Cuti Dan Peruntukan Untuk Mangsa Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2021 – Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

Bagi kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau “paid leave”, dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

Selain pengumuman cuti, Ismail Sabri juga memaklumkan, peruntukan awal RM100 juta disediakan untuk membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat banjir.

“Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi tujuan ini.”

“Peruntukan ini akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan,” kata beliau seperti dalam Twitternya.

Tambah beliau, bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI)sebanyak RM1,000 bagi setiap isi rumah akan disegerakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana ini.

“Saya juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya institusi perbankan bersedia untuk menawarkan program bantuan pembayaran bagi peminjam-peminjam yang terkesan akibat banjir,” kata Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Perdana Meneteri juga memberi jaminan akan memastikan Pusat Pemindahan Sementara mempunyai kelengkapan dan keperluan asas yang mencukupi.

“Saya juga akan pastikan setiap PPS mempunyai kelengkapan dan keperluan asas yang mencukupi seperti tandas, pelitup muka dan makanan buat mangsa-mangsa banjir.”

Berdasarkan perkongsian dari orang awam, beberapa kawasan banjir dilaporkan sudah beransur-ansur surut.

Untuk makluman semua, selain panggilan bantuan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), talian 03-80642400 (10 hunting lines), semua perkongsian di media sosial/ sms/ aplikasi whatsapp turut dipantau dan diambil maklum petugas PKOB.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: