Tempatan

Maki Raja Melayu dan Muslim, PDRM Buru N Ganesparan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 06 Januari 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu seorang lelaki, N Ganesparan, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Ganesparan dikehendaki susulan waran tangkap Ewa3836752 dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Jenayah Siber, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.

“Ini berikutan lelaki terbabit gagal hadir pertuduhan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lelaki berkenaan diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, Superintendan Junainah M Kasbolah di talian 019-7051222.

Terdahulu, N Ganesparan memaki Raja-Raja Melayu dan juga pemimpin Melayu berkaitan vaksin menerusi videonya bertajuk ‘Racist In Vaccine Malaysia’.

Suspek mendakwa vaksin berkualiti rendah dan tidak berkesan dari China jenama Sinovac diberikan kepada golongan bukan Muslim, manakala Muslim pula diberikan vaksin berkualiti tinggi jenama Pfizer.

Antara kenyataan suspek adalah, “…Malaysia semua anjing tau. Anjing lagi mulia dari kamu semua la. Tau. Dengan satu perkataan agama, you orang pisahkan semua rakyat Malaysia. Sekarang you cakap untuk Muslim, you orang bagi Pfizer-BioNTech, bukan Muslim you bagi China punya Sinovac.”

Leave a Reply

Back to top button