Tempatan

Usul SOSMA Ditolak, PM Tidak Hilang Sokongan Majoriti – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2022 – Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla menegaskan kegagalan kerajaan mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat bagi usul melanjutkan tempoh pelaksanaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak bermaksud Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ini kerana bukan setiap usaha kerajaan di bawah mana-mana RUU, pindaan atau pengesahan bermaksud serta merta ianya adalah satu serangan terhadap sokongan majoriti Perdana Menteri, ujar beliau seperti dalam Facebooknya.

“Bagi saya, ianya adalah salah dari konsep keperlembagaan mahupun prinsip undang-undang secara khusus untuk menganggap bahawa kegagalan kerajaan memperolehi kelulusan peruntukan itu bermaksud kerajaan telah atau Perdana Menteri telah hilang majoriti. Itu salah.”

Tambahnya, keadaan di mana Perdana Menteri hilang keyakinan daripada ahli Dewan Rakyat adalah apabila RUU Perbekalan yang ditolak.

“Satu-satunya cara yang boleh secara tradisional dan konvensyen yang boleh dihujahkan sebagai hilang majoriti adalah sekiranya Akta Bekalan ataupun Belanjawan mana-mana tahun ditolak oleh Parlimen.”

“Jika itu berlaku, maka boleh dikatakan bahawa Perdana Menteri yang merupakan Ketua Kerajaan yang akan menyelia perbelanjaan negara telah hilang keyakinan oleh ahli Dewan Rakyat sendiri,” kata beliau.

Dalam laporan berlainan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk melaksanakan penahanan bagi kesalahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas 31 Julai depan.

Ini selepas Dewan Rakyat gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA untuk tempoh lima tahun lagi, lapor Kosmo.

Usul itu ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: