Tempatan

Merusuh Dengan Senjata, 4 Lelaki Berjaya Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMPANG, 09 Mac 2023 – Empat lelaki warga tempatan yang terlibat dalam satu rusuhan bersenjata di perkarangan pangsapuri Sri Nilam, Ampang, berjaya ditahan semalam.

“Bertindak atas maklumat berkaitan kejadian kes rusuhan dengan senjata di perkarangan pangsapuri Sri Nilam, Ampang sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah berjaya menahan empat lelaki warga tempatan berusia (23) hingga (27) tahun di Ampang,” kata Polis Daerah Ampang Jaya menerusi laman Facebook rasmi.

BACA JUGA: PDRM Buka Laporan Kes ‘Rahsia Mafia Korporat’

BACA JUGA: Perbincangan Mendalam Perlu Sebelum ‘Pisahkan’ Pejabat Peguam Negara’, Pendakwa Raya

BACA JUGA: Penceramah Tanpa Tauliah Boleh Dikenakan Tindakan

Berdasarkan hasil siasatan, punca rusuhan adalah perselisihan faham semasa minum minuman keras dan hutang.

“Hasil semakan rekod lampau dapati suspek pertama mempunyai (3) rekod jenayah tidak dikehendaki. Tiga lagi suspek tidak mempunyai rekod jenayah.”

Tambah polis, kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: