Tempatan

Video Warga Asing Buat Kecoh Viral, Polis Ambil Tindakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SEBERANG PERAI, 31 Januari 2023 – Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang mengambil maklum video tular memaparkan sekumpulan warga asing mengganggu ketenteraman awam di sebuah kawasan perumahan di sana.

“Pada 30 Januari 2023 jam 1245 tengahari, terkesan satu (1) video berdurasi 44 saat dimuat naik oleh akaun TikTok “norfapxr301” memaparkan sekumpulan warga asing menganggu ketenteraman awam di sebuah kawasan perumahan disyaki berlaku di dalam daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang telah mendapat 13,000 likes dan 654 komen,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, siasatan awal pihak polis mendapati kejadian dipercayai berlaku di Taman Nagasari Perai.

BACA JUGA: Kanak-Kanak Mangsa Tertinggi Keganasan Rejim Haram

BACA JUGA: Kebun Durian Haram: DAP Bawa Penceroboh Jumpa Menteri Besar?

BACA JUGA: Gelekan Ghairah: Penganjur Mohon Permit Tidak Dibatalkan

Walau bagaimanapun, tarikh dan masa tidak dipastikan kerana tiada sebarang laporan polis atau maklumat yang berkaitan disalurkan.

“Berikutan isu berkenaan mulai tular di media sosial, pihak polis telah mengambil tindakan awal dengan melakukan rondaan berkala kereta peronda polis (MPV) dan juga anggota polis dari Balai Perai di kawasan tersebut,” tambahnya.

Selain itu, menurut ACP Tan Cheng San, pihak polis sedang merancang dan juga akan mengambil tindakan lanjut bagi menangani masalah warga negara asing.

Justeru, pihak PDRM mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan kejadian seperti ini di talian 04-538222 atau boleh berhubung mana-mana balai polis berhampiran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: