Tempatan

Piawaian Keselamatan Kenderaan Berat Akan Dinilai Semula – JPJ

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2022 –Prosedur bagi pemeriksaan barangan yang memerlukan tahap jaminan keselamatan yang tinggi seperti brek dan tayar bagi kenderaan berat akan dinilai semula bagi mengurangkan risiko kemalangan, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kemalangan yang melibatkan kenderaan berat mengalami peningkatan iaitu sebanyak 19,888 lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sepanjang Januari hingga Jun di seluruh negara.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tahun 2021 iaitu 15,487 buah lori bagi tempoh yang sama,” katanya sewaktu Ops Khas Roadworthiness Kenderaan Perdagangan, kelmarin.

Kata beliau, pihaknya memandang serius akan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan perdagangan terutamanya lori rigid dan kenderaan bersendi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Hasil siasatan dilaporkan, terdapat kemalangan yang berpunca daripada masalah teknikal kenderaan itu sendiri seperti kegagalan sistem brek berfunsi dengan lebih baik,” ujarnya.

Mengulas lanjut, operasi itu akan tertumpu kepada penilaian standard dan tahap pematuhan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) berhubung dengan kualiti penyelenggaraan teknikal kenderaan perdagangan bagi memastikan kenderaan tersebut mencapai tahap keselamatan yang terjamin buat semua pengguna jalan raya.

Susulan itu, pihak JPJ merancang tindakan bersepadu dengan melalukan pemantauan dan peningkatan intensiti penguatkuasaan ‘roadworthiness‘ termasuk dengan memperketat prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama pihak PUSPAKOM.

“Kami akan meningkatkan kekerapan operasi pemeriksaan dan audit khususnya di pusat pemeriksaan kenderaan berat,” tambahnya.

Pihak JPJ menasihati semua pengusaha pengangkutan dan pemandu terutama kenderaan perdagangan supaya mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan termasuk membuat pemeriksaan berkala di PUSPAKOM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: