Raja-Raja Melayu Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Asas Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 01 Februari 2023 – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British adalah merupakan asas kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Seterusnya, perjanjian tersebut juga menjadikan Tanah Melayu atau Malaysia sepertimana yang dinikmati oleh seluruh rakyat pada hari ini.
Baca juga : Kebun Durian Haram: DAP Bawa Penceroboh Jumpa Menteri Besar?
Baca juga : Gelekan Ghairah: Penganjur Mohon Permit Tidak Dibatalkan
Baca juga : AMARAN Hujan Berterusan Di 4 Negeri dan Tahap Buruk Di Sarawak
Menjelaskan lebih lanjut, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu tersebut juga adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Selain itu, perjanjian ini juga menyatakan bahawa mulai 1 Februari 1948, kedudukan Raja-Raja Melayu akan dikembalikan termasuk beberapa syarat kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu.
Majlis menandatangani perjanjian ini telah diadakan di King’s House (atau CARCOSA) Kuala Lumpur, di mana bangunan CARCOSA yang dibina dalam tahun 1890 dengan belanja $25,000 ini pernah menjadi tempat tinggal Residen Jeneral British pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Sir Frank Swettenham.
Justeru, bangunan CARCOSA atau Carcosa Seri Negara yang telah berusia lebih 100 tahun itu pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan banyak peristiwa penting lain.