Tempatan

Individu Lengkap Vaksin Dibenarkan Rentas Negeri – Penegasan MKN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 Februari 2022 – “Rentas negeri dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad pengenalan/passport sebagai pembuktian.”

Demikian kemas kini Pelan Pemulihan Negara (PPN) – SOP Fasa 4 yang bertarikh 10 Februari 2022 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menurut kemas kini tersebut juga, kebenaran rentas negeri ini tidak dibenarkan di kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bagi pergerakan merentas negeri atas urusan kerja adalah tertakluk kepada pas pekerja atau surat pengesahan majikan, demikian penetapan oleh MKN.

Untuk pergerakan individu, pengangkutan barangan dan pengangkutan awam bagi semua jenis kenderaan pula adalah dibenarkan berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan sahaja.

Pergerakan individu yang belum lengkap divaksinasi bagi tujuan kes kematian dan kecemasan dibenarkan hanya setelah mendapat kebenaran dari PDRM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: