OPS PINTAS: Pengemis Warga Asing Ditahan Dan Disiasat
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMPANG JAYA, 06 Januari 2023 – Pasukan Task Force Balai Polis Ampang berjaya menahan seorang wanita warga asing ketika melakukan aktiviti mengemis di kawasan Ampang dalam OPS PINTAS petang semalam.
Operasi yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Ampang Inspektor Mohd Hazril bin Mohamed Yusof itu turut merampas dua puluh lima bungkusan tisu muka serta wang tunai.
BACA JUGA: Proses Dan Edar Dadah, Tiga Lelaki Ke Tali Gantung
BACA JUGA: 690 Bookie Judi FIFA Qatar Berjaya Ditahan Dalam Op Soga IX
BACA JUGA: Ops Tapis Berjaya Tahan 13 Tokan Dadah Johor
Menurut laman Facebook Polis Daerah Ampang Jaya Page, siasatan awal mendapati wanita terbabit yang tidak mempunyai pengenalan diri mengaku melakukan aktiviti berkenaan seorang diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan, Seksyen 27 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963.
Pada petang sama, sembilan lagi individu warga asing termasuk kanak-kanak berjaya ditahan dalam OPS PINTAS tersebut ketika melakukan aktiviti mengemis di kawasan Ampang.
“Susulan tangkapan itu, pihak polis mendapati ada di antara mereka yang membawa anak-anak yang masih kecil untuk mencari rezeki dengan cara mengemis tanpa mempedulikan keselamatan mereka.”
“Siasatan lanjut akan diteruskan bagi membongkar dalang di sebalik sindiket ini,” tegas polis.
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberi wang kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa mahupun individu yang menjadi sindiket pengemis di negara ini.