Tempatan

Hanya Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Bebas Cukup Untuk Menyiasat Pendedahan Edisi Siasat – C4

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 10 November 2021 – Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) menggesa kerajaan agar mempercepatkan penubuhan jawatankuasa siasatan bebas untuk menyiasat dakwaan-dakwaan oleh Edisi Siasat.

Akaun media sosial Edisi Siasat sebelum ini telah membuat pendedahan mendakwa berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam kenyataan media yang sama, C4 juga menegaskan agar pembentukan dan pemudahcaraan jawatankuasa ini perlu diketuai oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NAFCC) yang baharu dibentuk.

Di samping itu, ahli-ahli jawatankuasa siasatan bebas ini mestilah terdiri daripada kalangan pakar dan ahli masyarakat sivil, yang bukan dari MACC mahupun SPRM.

“Semakin lama, semakin jelas bahawa dakwaan-dakwaan Edisi Siasat mesti ditangani dengan siasatan menyeluruh dan bebas yang diketuai oleh profesional-profesional bebas dan berwibawa luar daripada dua agensi ini, dengan hasil siasatan yang dibuat dengan telus sepenuhnya bagi menentukan sejauh mana kebenaran-kebenaran dakwaan tersebut,” ujar C4.

Kata badan pengawas antirasuah itu lagi, mereka juga mahu menteri undang-undang menggunakan kajian dari Majlis Peguam, C4 sendiri dan NGO-NGO lain pada tahun 2015 untuk menubuhkan Badan Pengawasan Bebas bagi memantau jawatankuasa bebas itu, dan juga kredibiliti Ketua Pesuruhjaya yang dilantik.

“Kenyataan oleh Menteri Undang-Undang Wan Junaidi bahawa kerajaan sedang menyiasat Edisi Siasat memberi sedikit kelegaan, tetapi tidak sampai menimbulkan keyakinan orang ramai.”

Oleh yang demikian, kerajaan harus segera menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas ini.

“Edisi Siasat mendedahkan perbuatan rasuah di tahap tertinggi dan sekiranya benar, ia boleh mengancam keselamatan negara.”

“Kerajaan mempunyai tanggungjawab dengan rakyat Malaysia untuk melaporkan semua hasil siasatan mengenai dakwaan-dakwaan jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai MACC ini,” kata Pusat C4.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: