Tempatan

Siasatan Ke Atas Hakim: Badan Peguam Akan Adakan Protes, Selar SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Jun 2022 – Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) dalam sebuah resolusi yang dikemukakan pada Jumaat lepas menyatakan bahawa mereka akan mengadakan protes bagi membantah siasatan yang diadakan terhadap YA Dato’ Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali.

“Badan Peguam Malaysia akan mengambil langkah pantas dan perlu bagi menganjurkan protes aman pada masa dan tempat yang dikira munasabah.” Ujar mereka.

Mereka juga menyelar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghebahkan perihal siasatan tersebut.

“Badan Peguam Malaysia menyelar dengan sekeras-kerasnya cara siasatan yang tidak pernah dilakukan oleh SPRM iaitu dengan menghebahkan siasatan jenayah ke atas hakim mahkamah peringkat tinggi.” Menurut resolusi tersebut.

Badan Peguam Malaysia turut mendakwa siasatan tersebut adalah sebuah ‘pencerobohan’ ke atas prinsip kebebasan badan kehakiman dan menggugat keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman.

Terdahulu, YA Dato’ Nazlan telah disiasat atas dakwaan wang bernilai RM 1 juta yang tidak dapat dipastikan di dalam akaun beliau.

Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam sebuah kenyataan menyatakan bahawa siasatan dilakukan ke atas hakim tersebut adalah hasil laporan yang diterima SPRM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: