Tempatan

Polis Mesti Ambil Tindakan Terhadap Pihak Berkuasa Agama Perlis – P Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 15 Februari 2022 – “Polis mesti menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak berkuasa agama di Perlis,” ujar Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy dalam laman sosial Facebook milik beliau pada 13 Februari lalu.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

P Ramasamy mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan dakwaan yang dibuat oleh seorang ibu yang mendakwa Jabatan Agama di Perlis telah menukar status agama bagi tiga orang anaknya tanpa kebenaran beliau.

“Penukaran anak di bawah umur beragama lain tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapa adalah melanggar undang-undang,” ujar Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu.

Berdasarkan daripada laporan yang dibuat oleh si ibu, P Ramasamy memaklumkan, Loh Siew Hong, 34 ada menerima maklumat daripada seseorang bahawa tiga anaknya iaitu dua anak perempuan kembar berusia 14 dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun berada dalam jagaan pihak berkuasa agama di Perlis.

Menurut Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu, jika anak-anak Loh diculik, ditukar agama tanpa keizinan dan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa agama di Perlis, ini serupa dengan penculikan.

“Ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa agama Islam di Perlis tidak menghormati dan melanggar undang-undang secara terang,” tambah beliau.

“Walaupun tidak jelas sama ada kanak-kanak itu ditukar agama secara sepihak atau tidak, adalah tanggungjawab polis untuk memastikan tentang perkara tersebut dan jika perkara ini betul-betul berlaku, polis perlu siasat dan ambil tindakan terhadap pihak berkuasa agama di Perlis,” ujar P Ramasamy.

Ramasamy yang cuba mengaitkan isu Loh dengan kes Indira Gandhi berkata, kes Indira Gandhi masih jelas dalam ingatan kita. Kerajaan persekutuan telah menolak perkara penukaran agama secara unilateral dengan memberi keputusan memihak kepada si ibu, Indira.

“Jika kanak-kanak itu diculik atau dibawa lari, pihak polis harus mengambil tindakan yang sewajarnya. Siapa yang dilindungi oleh polis dalam perkara ini?” soal Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy.

“Dalam kes Loh, pihak berkuasa agama di Perlis telah melampaui peranan mereka dengan mengambil-alih hak penjagaan dan mengambil keputusan penting berkenan kehidupan ketiga-tiga kanak-kanak itu dan mungkin telah menukar agama anak-anak itu.” dakwanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: