Antarabangsa

Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 11 Januari 2022 – Pelampau Hindutva baru-baru ini telah bertindak memusnahkan kubur Muslim di Himachal Pradesh atas dasar semangat nasionalis Hindu yang tinggi.

Menerusi video tular yang disertakan lagu latar itu, beberapa orang lelaki dilihat memusnahkan dan menghancurkan kubur Muslim itu menggunakan tukul batu.

Video yang dimuatnaik oleh Harish Ramkali, Timbalan Presiden Bajrang Dal Haryana, sebuah organisasi militan nasionalis Hindu dalam Facebooknya itu turut disertakan dengan amaran berbentuk ugutan.

“Tanah Jihad tidak akan diterima di Devbhoomi…Hero-hero Hindu Himachal akan tetap meneruskan kempen mereka menentang Jihad Islam.”

Pengasas bersama agensi AltNews, Mohammed Zubair menyatakan bahawa agensi itu telah pun menghantar emel dan beberapa peringatan kepada @Meta @metaindia @bipchakr tentang posting-posting yang mengandungi ucapan kebencian terhadap Muslim yang dikongsikan oleh akaun-akaun seperti Harish Ramkali dan yang lain. Namun tiada respons.

Sebelum ini, Tejasvi Surya, Ahli Parlimen Bharatiya Janatha Party (BJP) menimbulkan kontroversi dengan seruan beliau untuk memurtadkan umat Islam dan penganut Kristian kepada agama Hindu sebagai ‘persediaan untuk berperang’.

Manakala para sami dan pemimpin kumpulan yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Narendra Modi menyeru supaya pembersihan etnik dilancarkan di India, terutamanya terhadap umat Islam di India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: