Tempatan

Murtadkan Anak Mualaf, Umat Islam Tak Boleh Terima – Mahmud Hishamuddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – Setiausaha Agung PEMBELA, Mahmud Hishamuddin menyuarakan kerisauan tentang nasib tiga orang anak kepada Puan Loh Siew Hong yang diserahkan kepada ibu mereka melalui proses mahkamah Isnin baru-baru ini.

“Utamakan kehendak anak-anak yang sudah tahu apa yang baik untuk mereka tanpa kita nafikan naluri ibu perlu ditemukan. Tidak ada masalah dalam hal itu.”

“Tapi untuk memurtadkan mereka itu tidak boleh diterima oleh umat Islam dan negara ini yang mengakui bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa umat Islam hanya mahukan kebaikan bagi tiga orang anak tersebut, seraya menegaskan bahawa tiada elemen penculikan, ugutan dan paksaan dalam pengislaman kanak-kanak tersebut.

Tidak ada timbul elemen penculikan, ancaman dan paksaan. Ini adalah kerelaan ketiga-tiga (orang) anak tersebut,” ujarnya lagi.

Kes Puan Loh Siew Hong di Mahkamah Tinggi adalah berkenaan permohonannya supaya tiga orang anak beliau yang telah memeluk agama Islam dikembalikan kepadanya.

Tiga orang anaknya dipercayai telah memeluk Islam pada tahun 2020 bersama bapa mereka.

Kes tersebut telah dimenangi oleh Puan Loh Siew Hong dan tiga orang anaknya diarahkan untuk dikembalikan kepada ibu mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: