Tempatan

PENGUMUMAN: Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Di Stadium Darul Makmur, Kuantan 28-30 Oktober Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 28 Oktober 2022 – Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 50 peratus bermula 28 hingga 30 Oktober ini di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

WhatsApp-Image-2022-10-28-at-11.27.24-AM.jpeg?resize=373%2C373&is-pending-load=1#038;ssl=1

Menerusi sebuah hebahan yang dikongsikan oleh pihak PDRM di laman rasmi Facebooknya, acara tersebut akan berlangsung daripada jam 9 pagi hingga 4 petang dan pembayaran saman hanya boleh dibuat di tapak acara.

Walau bagaimanapun, menurut PDRM pengurangan kompaun itu tidak ditawarkan bagi saman kemalangan, saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara bahaya, saman memotong di garisan berkembar, saman tidak boleh dikompaun (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan m/lori dan saman ubahsuai ekzos.

Orang ramai boleh mendaftar kehadiran awal menerusi pautan atau mengimbas kod QR dan dinasihatkan untuk mengamalkan Standard Prosedur Operasi (SOP) fasa peralihan ke endemik terkini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: