Tempatan

Tawaran Kerja Bidang Digital Bakal Meningkat, KPT Persiap Graduan Berkemahiran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2022 – Menteri Pengajian Tinggi mengatakan bahawa pelaksanaan Program Transformasi Digital Graduan Universiti merupakan langkah strategik oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memastikan graduan negara ini dapat memenuhi keperluan industri susulan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bakal meningkat.

“Permintaan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran digital semakin meningkat dan kritikal dalam membantu perkembangan industri serta ekonomi negara,” ujar beliau sewaktu melancarkan Portal On-Demand Learning Tool (ODL), AirAsia Academy dan Penyerahan Penempatan Pekerjaan Program Transformasi Digital Graduan Universiti minggu lalu.

Beliau turut yakin bahawa portal berkenaan mampu menjadi sumber utama dalam menawarkan pendidikan secara fleksibel bukan sahaja buat pelajar dan graduan, tetapi juga buat belia, pekerja dan seluruh Keluarga Malaysia.

Mengulas lanjut, kepelbagaian jenis kemahiran yang diperoleh melalui program peningkatan kemahiran seperti ini dapat memberi nilai tambah kepada graduan bagi mendapatkan pekerjaan.

Katanya kepada Berita Harian, berdasarkan Future of Jobs Report 2020, tawaran kerja dalam bidang digital ini bakal mengalami peningkatan dalam tempoh tiga tahun lagi dan sebanyak 97 juta pekerjaan diramalkan pada tahun 2025.

Justeru, kata beliau, pihak KPT akan sentiasa menjalankan langkah-langkah strategik dan mengadakan pelbagai usaha bagi memastikan para graduan tempatan dapat memenuhi keperluan industri dalam bidang digital.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: