Ustaz, Penjawat Awam, Ahli Politik, Tiada Toleransi Salah Laku Dadah – Ayob Khan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 30 Mac 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, baru-baru menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertoleransi terhadap sesiapa yang didapati terlibat dengan salah laku dadah.
“Kita tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang didapati terlibat dengan salah laku dadah, baik ustaz, penjawat awam atau ahli politik,” tegasnya, seperti dilaporkan BFM.
Ketika diminta untuk mengulas tentang penangkapan seorang bekas ahli kumpulan nasyid baru-baru, beliau menjelaskan bahawa PDRM sentiasa membuat pantauan bagi memastikan tiada kegiatan salah laku dadah dilakukan.
Baru-baru ini, seorang penyanyi nasyid berusia 47 tahun ditahan di sebuah kondominium di Kota Damansara.
Bapa kepada dua orang anak itu ditahan bersama 17 batang pokok ganja berserta ganja seberat 214 gram.