Tempatan

Heroin 41kg Bernilai Setengah Juta Dirampas

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 25 November 2022 – Tiga buah kotak berisi 90 bungkusan dadah jenis heroin seberat 41 kilogram dan dianggarkan bernilai RM550,000 telah dirampas dalam serbuan Op Snowshoe yang dijalankan baru-baru ini di Kampung Kubu Gajah Dalam, Sungai Buloh.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, hasil serbuan turut berjaya menahan seorang lelaki bujang berusia 34 tahun yang didakwa sedang menunggu pelanggan dalam sebuah kereta di tepi jalan berdekatan lokasi tersebut.

Tambahnya, suspek menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama dan didapati tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod narkotik atau rekod jenayah.”

“Suspek direman tujuh hari bermula 23 hingga 29 November 2022 di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Azmi juga memberitahu bahawa dadah yang dirampas in adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan mampu menampung penggunaan lebih 80,000 orang pengguna (user) dadah.

“Sindiket ini dikesan bergerak aktif sejak tiga bulan lalu selain bekalan dadah jenis heroin ini dipercayai diproses di sekitar Lembah Klang.”

Justeru itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur meminta kerjasama daripada orang awam supaya terus menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti dadah melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-2087222 (24 jam).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: