Tempatan

PDRM Siasat Pegawai Tali Barut Sindiket Dadah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, menjelaskan bahawa siasatan sedang dijalankan berikutan penahanan beberapa orang anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, penahanan ini adalah merupakan sebuah operasi “pemutihan” bagi menyiasat anggota PDRM yang disyaki terlibat menjadi ‘tali barut’ kepada sindiket dadah.

“Antara ditahan adalah pegawai kanan berpangkat Superintendan, Asisten Superintendan (ASP) dan Deputi Superintendan (DSP), yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri,” ujar beliau, lapor sebuah portal tempatan.

Operasi ini adalah merupakan sebuah kerjasama antara pasukan tindakan khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Buat masa ini, operasi tertumpu di beberapa Ibu Pejabat Polis Lembah Klang, Utara dan Pantai Timur tanah air.

“Siasatan masih dijalankan dan kita tunggulah nanti. Tiba masanya saya akan beri kenyataan,” tegas Ketua Polis Negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: