Tempatan

Bekas Penjawat Awam Mohon Kesalahan Pikat Isteri Orang Diisytihar Tidak Berperlembagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 September 2022 – Azri Awang iaitu bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memfailkan permohonan bagi mendapatkan deklarasi bahawa kesalahan memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk melakukan persetubuhan terlarang, bercanggah dengan perlembagaan.

Bekas penjawat awam berumur 31 tahun itu didakwa atas kesalahan memikat isteri orang di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 3 November 2019.

Menurut Azri Awang, peruntukan bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan itu melanggar Perkara 5(1) dan 8(1) dalam Perlembagaan Persekutuan dan menyekat kebebasan peribadinya serta hanya mendiskriminasikan kaum lelaki.

Justeru, dia mahu mahkamah membatalkan peruntukan itu dan mengisytiharkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan, atau mengubahsuai seksyen itu seperti yang dibenarkan bawah Perkara 162(7) dan 162(8), memandangkan undang-undang itu digubal sebelum kemerdekaan.

Walau bagaimanapun, Kerajaan yang dinamakan sebagai responden, memohon untuk membatalkan saman tersebut atas alasan perkara itu telah diputuskan oleh mahkamah yang kompeten dan peguam mewakili Azri, P Purshotaman memaklumkan anak guamnya akan memfailkan afidavit untuk menjawab permohonan pembatalan saman oleh Kerajaan tersebut.

Hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,500 oleh majistret pada 6 Mac lalu yang dijatuhkan oleh kepada Azri Awang bagaimanapun telah ditangguhkan sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Seksyen 498 Kanun Keseksaan membenarkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika tertuduh didapati bersalah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: