Tempatan

Pelumba Haram Sukar Dibendung, Bina Litar Lumba Kos Rendah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 26 Julai 2022 – Pembinaan litar lumba motosikal yang lebih murah kadar sewaannya antara langkah yang boleh membantu mengatasi masalah lumba haram dalam kalangan anak-anak muda yang semakin sukar dibendung.

Lapor Utusan Malaysia, pelumba kereta rali negara, Karamjit Singh menyarankan Kerajaan membina litar lumba motosikal itu bagi membolehkan golongan pelumba haram beraksi ‘secara selamat’.

“Sepatutnya litar Batu Tiga, Shah Alam dikekalkan untuk lahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran. Lagipun harga murah berbanding di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).”

“Anak muda daripada golongan berpendapatan rendah (B40) kurang berkemampuan. Kos di SIC tinggi.”

“Kita faham sebab penyelenggaraan. Tapi kalau ada litar seperti Batu Tiga, dapatlah buka ruang kepada anak muda,” katanya.

Tambahnya lagi, selain menyediakan infrastruktur yang selamat, golongan pelumba haram perlu dilibatkan dengan pengurusan sesebuah perlumbaan di litar bagi memastikan segala aspek teknikal litar memenuhi tuntutan golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Karamjit juga mengakui kemunculan pelumba haram juga perlu ditangani dengan lebih tegas bermula dari peringkat awal.

“Kita perlu lihat juga dari semua sudut mengapa ia berlaku. Adakah melibatkan psikologi, ganjaran lumayan, kemudahan, minat atau terpengaruh dengan rakan,” soalnya.

Perlumbaan haram melibatkan anak muda didapati semakin sukar dikawal terutamanya pada malam minggu.

Menurut statistik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 390 operasi dan 602 tangkapan membabitkan pelumba haram dibuat sepanjang Operasi Samseng Jalanan sejak April hingga 31 Mei lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, lima penunggang motosikal maut dalam kemalangan, disyaki terlibat dalam lumba haram di Pulau Pinang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: