Tempatan

WHO Isytihar Monkeypox Sebagai Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC) – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 26 Julai 2022 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan jangkitan monkeypox sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC)), menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.

Pengisytiharan tersebut dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya adalah peningkatan mendadak jumlah kes yang dilaporkan oleh negara-negara bukan endemik monkeypox.

Selain itu, wabak ini telah memenuhi tiga kriteria PHEIC iaitu kesan kejadian kepada kesihatan awam, kejadian luar jangka dan risiko penularan rentas sempadan.

Menurut kenyataan KKM, bukti dan data saintifik berkaitan jangkitan monkeypox juga salah satu faktor kepada pengisytiharan PHEIC.

Berdasarkan laporan, dalam tempoh kurang daripada dua bulan, bilangan kes monkeypox meningkat daripada 2,103 kes pada 17 Jun 2022 kepada 16,836 kes dengan lima kematian dan melibatkan 74 buah negara pada 22 Julai 2022.

Jangkitan monkeypox juga dilaporkan berlaku dalam kalangan gay, biseksual dan lelaki lain yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM). Pekerja seks dan transgender juga antara individu yang terdedah dan berisiko tinggi dijangkiti monkeypox, menurut laporan yang diterbitkan WHO.

Berikutan pengumuman PHEIC oleh WHO, KKM mengingatkan semua fasiliti kesihatan agar peka dengan situasi semasa jangkitan monkeypox selain meningkatkan pengesanan kes dalam kalangan pesakit yang berisiko.

KKM juga mengarahkan semua pengembara bukan warganegara mengisi pas kembara (traveller card) dalam aplikasi MySejahtera sebagai salah satu langkah mengekang jangkitan monkeypox.

Sejak 01 Mei 2022 sehingga 23 Julai 2022, seramai 531,630 pengembara yang direkodkan tiba dari negara yang melaporkan kes monkeypox dan sebanyak sembilan kes disyaki monkeypox telah dinotifikasi kepada KKM.

Walau bagaimanapun, kesemua kes tersebut telah disahkan negatif monkeypox, jelas KKM dalam kenyataannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: