Tempatan

Pahang Laksana Projek Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah Untuk B40

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEKAN, 10 Februari 2022 – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail memaklumkan, Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan melaksanakan Projek Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA), yang memberi fokus kepada pemilikan rumah untuk golongan B40 di Negeri Pahang.

“Melalui peruntukan sebanyak RM75 juta daripada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kerajaan Negeri Pahang akan melaksanakan Projek Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) yang akan memberi manfaat kepada golongan B40 di negeri ini,” ujar beliau menerusi Facebooknya semalam.

Ujar beliau, sebanyak 790 unit rumah akan dibina dan dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun secara berfasa, bermula tahun hadapan.

“Pembinaan 790 unit rumah ini akan dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun secara berfasa, bermula pada tahun 2022 dan dijangka selesai pada tahun 2025.”

Menerusi poster yang dikongsikan, sebanyak 174 unit akan dibina terlebih dahulu dalam Fasa 1 2022, diikuti 264 unit dalam Fasa 2 2023, 174 unit lagi dalam Fasa 3 2024 dan 178 unit dalam Fasa 4 2025.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: