Tempatan

PDRM Wajar Siasat Agenda Arun Doraisamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – “Pihak polis wajar mengambil tindakan kepada pengerusi Persatuan Agama Ani Hindu Malaysia Arun Dorasamy dengan kumpulannya yang dilihat cuba menjadi pencetus mewujudkan propaganda bagi mengembalikan semula isu perkauman di Malaysia,” ujar Ceo One Centre Malaysia Perlis, Zamri Vinoth.

Menurutnya, ini adalah satu agenda yang jahat demi untuk mewujudkan kembali isu perkauman di Malaysia mahupun isu ketegangan antara agama.

“Jadi, pada saya orang yang sepatutnya disiasat dan diambil tindakan adalah orang seperti Arun Dorasamy ini. Sebab, dia tidak ada isu kemudian mencari dan membawa isu serta membesarkan isu yang tidak sepatutnya menjadi isu pun.”

Zamri yang juga Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia itu berkata, negara kita telah lama aman dari isu keagamaan dan perkauman yang tidak lagi kedengaran seperti dahulu kala.

BACA JUGA: Projek Pelabuhan Laut Dalam Melaka, Bertindih Zon Warisan Sejarah

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

BACA JUGA: Keputusan Mahkamah Syariah Sering Dipertikai Antara 11 Bukti Kedudukan Melayu Semakin Terancam

“Jadi saya mohon agar orang-orang seperti ini tidak lagi mengapi-apikan kembali isu perkauman yang setelah sekian lama lenyap.

Dalam waktu yang sama, saya nak tanya juga apa sebenarnya tujuan mereka untuk panggil wartawan dan adakan sidang media untuk buat yang kononnya cikgu ini telah beri tahu budak ini untuk menganut agama Islam dan sebagainya.

Tetapi kalau cikgu ini suruh budak itu masuk Islam sekalipun, satu perkara yang perlu kita faham cikgu itu tidak melakukan apa-apa jenayah.”

Undang-Undang Tak Halang Orang Islam Berdakwah

“Dalam konteks Malaysia, mengajak sesiapa sahaja untuk menganuti agama Islam bukanlah jenayah dan setakat ini tidak ada sebarang undang-undang yang menghalang atau melarang umat Islam daripada mengajak sesiapa pun untuk masuk Islam tidak kira apa latar belakang orang itu, sama ada dia cikgu ke, tentera ke atau dia pendakwah ke ataupun kepada siapa sahaja yang dia berdepan. Sebaliknya, walaupun undang-undang melarang orang bukan Islam berdakyah tetapi mereka buat juga dan kita tak buat kecoh pun.

Maka, dalam konteks itu saya nak tahu apa tujuan sebenar mereka buat kenyataan provokasi itu apakah nak menunjukkan ketegangan kaum kembali di Malaysia. Apakah dia ingin melihat kembali seperti mana yang berlaku di Seafield dengan mengapi-apikan kaum dia dengan menyebar berita-berita sebegini?”

Peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948, penghasut yang suka bermain dengan sentimen perkauman ini juga boleh didakwa dibawah Seksyen 3 Akta Hasutan yang menyatakan tentang perbuatan yang cenderung menghasut dalam sesuatu isu sehingga boleh menyebabkan ketegangan antara kaum.

“Dalam masa yang sama, point kedua yang saya nak beri tahu adalah di luar sana kita boleh lihat pelbagai orang mempromosikan macam-macam benda, ada yang promo air, coklat dan sebagainya. Jadi apabila ada orang mempromosikan apa jua pun termasuk agama dan sebagainya kalau tak suka you just say no. Selesai masalah itu.

Kepada cikgu yang terlibat, kita ada banyak rakan-rakan guaman untuk bantu guru ini sekiranya isu ini terus diperbesarkan. Insya Allah saya percaya dari kalangan NGO-NGO dan aktivis-aktivis kami sedia untuk membantu cikgu berkenaan.

Namun, bukan saja dari perkiraan saya tetapi dari perkiraan undang-undang sekalipun cikgu tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dan tidak ada isu pun untuk dibangkitkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: