Antarabangsa

Jalan Raya UK Mencair, Suhu Panas Melonjak Naik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 26 Julai 2022 – Jalan-jalan raya di United Kingdom (UK) mencair akibat dari cuaca panas melampau yang sedang melanda negara tersebut.

Aspal (asphalt) yang mencair itu menenggelami pejalan-pejalan kaki dan juga kenderaan yang melalui The Broadstone Road di Stockport, Greater Manchester.

“Dengar macam baru sahaja hujan dan kereta-kereta dipandu melalui lopak air,” kata seorang penduduk menurut Manchester Evening News.

“Tahap cairnya sampai kaki tersangkut di dalamnya jika anda berjalan melaluinya. Jalan tar juga melekat di tapak tayar saya.”

Ahli kabinet majlis Stockport untuk lebuh raya, taman dan perkhidmatan riadah, Coun Grace Baynham, berkata, “UK – dan sudah tentu Stockport – kini sedang mengalami tempoh cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan amaran cuaca merah Met Office dikeluarkan. Malangnya, haba melampau telah menjejaskan bahagian lebuh raya kami yang dibaik pulih baru-baru ini di seluruh daerah.”

“Disebabkan itu, kami telah menambah permukaan jalan yang lebih kukuh, jadi pemandu akan dapat terus menggunakan jalan yang terjejas.”

WX Charts, model cuaca interaktif meramalkan, suhu panas UK akan mencapai ketinggian yang terik sehingga 30C dalam beberapa hari ini.

19 Julai baru-baru ini, Briged Bomba London merekodkan “hari paling sibuk untuk perkhidmatan bomba di London sejak Perang Dunia Kedua”.

Ia berikutan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang terletak di sekitar London musnah dimakan api susulan cuaca panas melampau yang merekodkan suhu meningkat sehingga lebih dari 40C.

Disebabkan itu, Briged Bomba London telah mengisytiharkan insiden kebakaran yang berlaku di ibu negara itu sebagai satu insiden besar.

Leave a Reply

Back to top button