Tempatan

Tiada Gempa Bumi Sabah Sarawak, METMalaysia Laksana Pemantauan Berterusan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 15 Februari 2023 – METMalaysia mengesahkan tiada kejadian gempa bumi berlaku di Sabah dan Sarawak seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sebuah kenyataan di laman Twitter, jabatan itu melaporkan, “Sehingga 15 Februari 2023, tiada gempa bumi dikesan berlaku di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Februari 2023.”

Kenyataan itu juga menyebut, sehingga kini, tiada peralatan dan kaedah saintifik terbukti secara sahih dapat meramal kejadian gempa bumi, sama ada bermagnitud besar atau kecil.

Bagaimanapun, mereka akan melaksanakan pemantauan berterusan 24 jam terhadap aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi dalam negara dan di seluruh dunia.

BACA JUGA: Hampir 5,000 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Cabul Gereja Katolik

BACA JUGA: Namewee Gesa ‘Halalkan’ Pelacuran & Polis Tangkap Pencuri, Pembunuh Jika Berani

BACA JUGA: Rusuhan Kuil Mariamman & Kematian Adib: Pendakwaan Tutup Kes

“Kejadian gempa bumi berlaku disebabkan pergerakan mengejut permukaan bumi di sepanjang garis sesar atau di atas persempadanan plat tektonik.”

“Gempa bumi juga disebabkan oleh aktiviti gunung berapi. Semakin besar magnitud gempa bumi tersebut, semakin besar kemusnahan yang dibawa,” jelas pihak mereka.

Mengulas lanjut, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan video tular itu dan sentiasa merujuk kepada sumber sahih.

Sebarang maklumat gempa bumi boleh dirujuk melalui laman web rasmi MetMalaysia di pautan http://mygempa.met.gov.my/ dan semua laman media sosial Met Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: