Tempatan

Islamofobia India Muslim Memasuki Malaysia, Ahli Politik Kongsi Berita Palsu Boikot Halal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 April 2022 – Sebuah akaun Twitter menulis di hantarannya mengatakan bahawa kebencian dan islamofobia terhadap India Muslim kini telah sampai di Malaysia apabila seorang ahli politik sebuah parti yang terkemuka berkongsi sebuah berita palsu mengenai boikot halal menerusi aplikasi Whatsapp menyatakan bahawa makanan akan menjadi halal sekiranya orang Islam meludah ke dalamnya.

“Dalam kes mahkamah di Tamil Nadu, umat Islam berpendapat bahawa makanan tidak lengkap sehingga tukang masak tidak meludah ke dalamnya. Oleh itu, makanan yang disediakan oleh umat Islam tidak lengkap tanpa meludah. Dalam kes mahkamah, mereka mengakui meludah menjadikan halal lengkap ke seluruh negara termasuk Tamil Nadu,” tulis perkongsian di aplikasi Whatsapp itu.

Menerusi pautan yang dikongsikan oleh ahli politik tersebut, hantaran berkenaan pemboikotan halal itu telah dimuatnaik oleh satu pemilik akaun Twitter bernama Indu Makkal Katchi (Offl) pada November 2021 namun ia kembali dibangkitkan.

“Sebelum anda menyentuh pinggan Beriani yang seterusnya.. Ia hanya halal jika mereka meludah pada makanan! Penyerahan di mahkamah!,” tulis pemilik akaun itu.

Perkongsian ahli politik tersebut mendapat kritikan wargamaya apabila ada yang menanda pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang tegas berhubung isu tersebut.

“India telah menjadi tempat kebencian anti Muslim dan maklumat yang salah malah permbohongan ini sudah tersebar ke sempadan antarabangsa. Sila atasi perkara ini sebelum kebencian ini melanda Malaysia dan kami tidak mahu Malaysia menjadi satu lagi India,” tulis seorang pengguna Twitter.

Terdahulu, sebuah rakaman video menunjukkan tukang masak sebuah hotel di India sedang memasak Roti Tandoori tular apabila dia didakwa meludah ke makanan yang dimasak.

Hantaran itu diciap oleh seorang pengguna Twitter yang menyelar nama hotel tersebut sebagai ‘Mus!im Hotel’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: