Antarabangsa

Muslim UK Hayati Bulan Islamofobia, Walau Sentimen Islamofobia Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 14 November 2023 – Orang-orang Islam yang berada di United Kingdom (UK) kini sedang mengadakan Bulan Kesedaran Islamofobia dengan keadaan berlatar belakangkan konflik di Gaza serta dalam keadaan ‘persekitaran politik yang bersifat permusuhan’.

Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan, Muslim Council of Britain pada Rabu lalu.

Menurut seorang jurucakap Muslim Council of Britain, iklim politik yang negatif itu ‘terus menerus dimarakkan oleh ulasan-ulasan yang bersifat perpecahan oleh ahli-ahli politik senior seperti setiausaha dalam negeri, Suella Braverman’.

Braverman sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menyifatkan tindakan para penunjuk perasaan pro-Palestin yang berarak di jalan-jalan sekitar UK sebagai ‘perhimpunan kebencian’.

Beliau juga turut mengirimkan sepucuk surat kepada seorang pegawai polis senior dan menyatakan bahawa mengibarkan bendera Palestin atau melaungkan slogan kebebasan bagi orang Arab di Palestin juga boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah.

Muslim Council of Britain juga menyatakan bahawa pihak mereka telah menyaksikan peningkatan jenayah yang bersifat kebencian sejak bulan lalu.

Ujar jurucakap itu juga, “Kami juga telah menyaksikan serangan-serangan yang bersifat Islamofobia di seluruh UK termasuklah cubaan membakar masjid Oxford”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: