Antarabangsa

Masjid Jadi Tandas Awam: Xi Jinping Tahu Tempat Itu Lahirkan Pengganas

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAMMU, 30 Jun 2022 – “China menukar kebanyakan masjid menjadi tandas awam kerana Xi Jinping tahu bahawa masjid adalah tempat kelahiran pengganas,” kata seorang blogger India, Nitin Singh Katoch.

Dakwanya, ini terbukti melalui ucapan-ucapan kebencian di masjd-masjid di India.

“Kami telah menyaksikan ucapan kebencian di masjid-masjid di India,” katanya lagi dalam laman Twitter.

Ciapannya itu disambut oleh ramai pengguna Twitter yang rata-ratanya menyalahkan dan menggelar orang Islam sebagai pengganas.

“Walaupun saya tak suka BJP, tapi sebab merekalah kita selamat. Kalau tak, Muslim-Muslim yang tak berpelajaran ini akan buat semberono dan melakukan pekerjaan macam nenek moyang mereka (keganasan)… di negara kita…Hidup Hindu” kata @SOHAN2703

@FreeBir01624329 pula berkata, “China lebih bagus berbanding India…Di India, selamatkan Muslim-Muslim sangat sukar…China lebih selamat dari negara kita.”

“Inilah yang patut mereka terima. China telah melihat zombi-zombi itu di seluruh dunia apa yang mereka lakukan apabila dibebaskan,” kata @AMANBIS50592377.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: