Antarabangsa

Hina Nabi: Ahli Parlimen Kuwait Gesa Kerajaan Beri Tekanan Terhadap India

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUWAIT, 18 Jun 2022 – Ahli Parlimen Kuwait menggesa kerajaan mereka memberi tekanan sepenuhnya terhadap India berikutan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. oleh pegawai kerajaan, parti dan juga pegawai agensi media negara tersebut.

Menurut Kuwait Times, seramai 30 Ahli Parlimen daripada 50 Ahli Dewan Negara Kuwait menandatangani sebuah dokumen kenyataan, menyokong tindakan berkenaan. Mereka turut mengutuk kekejaman pihak berkuasa India terhadap umat Islam yang membantah secara aman terhadap isu penghinaan tersebut.

Isu itu telah membangkitkan kemarahan dan bantahan berjuta-juta umat Islam seluruh dunia termasuk tuntutan ribuan aktivis media sosial agar semua negara Arab, terutamanya negara Teluk, menghalau penyokong Hindutva sebagai balasan kekejaman mereka terhadap Islam.

Kenyataan itu juga mengutuk keganasan kerajaan India terhadap umat Islam dan harta benda mereka sekaligus mendesak agar mereka diberikan perlindungan.

Susulan itu, penggubal undang-undang turut menggesa kerajaan Kuwait dan kerajaan dunia untuk menggunakan tekanan diplomatik, ekonomi, media dan tekanan lain dalam usaha untuk menghentikan penghinaan terhadap Nabi S.A.W. dan serangan terhadap umat Islam India.

Baru-baru ini, empat individu yang didapati menyokong penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W berjaya diberkas oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Leave a Reply

Back to top button