Antarabangsa

Pemimpin Perancis Tempelak Rakan Sekerja Hadiri Majlis Perasmian Pembukaan Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 03 April 2023 – Marine Le Pen, ketua parti sayap kanan Perancis yang terkenal dengan pegangan anti Muslim menempelak rakan sekerjanya kerana menghadiri majlis perasmian pembukaan sebuah masjid baharu.

Menurut portal antarabangsa, Marine Le Pen mendakwa, kehadiran Joris Hébrard, Ahli Parlimen Rassemblement National (Perhimpunan Kebangsaan) ke majlis itu ‘adalah inisiatif peribadi yang saya sangat-sangat tidak bersetuju’.

BACA JUGA: Bufet Ramadan: Dua Hotel Diarah Tutup, 46 Kompaun Diberikan Penguatkuasa Kesihatan

BACA JUGA: Wanita Dakwa ‘Dimarah’ Kerana Cabar Undang-Undang Tukar Agama Unilateral

BACA JUGA: 41 Rangka Manusia Tapak Arkeologi Guar Kepah Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia

Minggu lalu, Joris Hébrard menghadiri perasmian masjid di Le Pontet, sebuah bandar di selatan Perancis di mana beliau pernah menjadi datuk bandar.

Gambar Hébrard di masjid yang dihiasi dengan bendera Perancis dan Turkiye menunjukkan beliau bersama seorang individu yang dikatakan pegawai kerajaan Turkiye.

Marine Le Pen dan partinya didakwa mencetuskan Islamofobia dalam kempen politik mereka.

Beliau sebelum ini menggesa pengharaman pemakaian tudung dan pernah membandingkan umat Islam yang solat di jalan-jalan Perancis dengan penjajahan rejim Nazi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: