Tempatan

Kolej Pergigian Haram Diserbu Kementerian Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 – Sepasukan penguat kuasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu sebuah pusat kecantikan yang didakwa menawarkan perkhidmatan serta latihan pergigian secara haram, lapor sebuah portal berita tempatan.

Pusat kecantikan yang terletak di Setapak itu diserbu oleh penguatkuasa semalam dan turut merampas peralatan pergigian, tampalan gigi serta nikel-titanium yang kebiasaannya digunakan untuk pendakap gigi.

Pihak berkuasa turut merampas sebuah komputer yang mengandungi rekod sijil dipercayai dikeluarkan buat mereka yang datang untuk latihan haram seperti veneer, titisan pemutihan serta suntikan plasma platelet-rich.

Pegawai Pergigian Kementerian Kesihatan, Dr Taufik Firdaus yang turut mengetuai serbuan berkenaan berkata, siasatan awal mendapati premis terbabit tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia malah turut dipenuhi dengan lipas.

“Kami menerima aduan premis itu menyediakan rawatan pergigian secara haram, justeru kami menjalankan siasatan sebelum serbuan.”

“Kami menemui bahan pergigian yang boleh dijadikan bahan bukti. Kes akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, pemilik premis berkenaan yang berusia 36 tahun tenang sepanjang serbuan dijalankan dan mengatakan dia memperoleh kemahirannya itu menerusi seorang wanita warga Indonesia yang turut menyediakan kursus sehari.

“Saya tahu ia salah, tetapi ramai yang melakukannya, jadi apa masalahnya jika saya mahu mencari wang saku?” katanya sambil menambah bahawa dia melakukannya sebagai kerja sambilan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: