Tempatan

Diskaun Saman Trafik 50 Peratus 10 Hingga 12 Januari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menawarkan pengurangan kadar saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 hingga 12 Januari ini di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee Kuala Lumpur.

saman-kl.jpg?resize=513%2C378&is-pending-load=1#038;ssl=1

Menerusi kenyataan di laman Facebook, JSPT KL berkata tawaran tersebut diberikan pada tarikh yang ditetapkan sahaja, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

BACA JUGA: Diskaun 50% Saman Trafik Bermula Hari Ini

BACA JUGA: PENGUMUMAN: Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Di Stadium Darul Makmur, Kuantan 28-30 Oktober Ini

BACA JUGA: Diskaun Saman Trafik 50% Bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

Selain itu, individu yang ingin mendapatkan tawaran diskaun tidak boleh membuat pembayaran melalui laman web MYEG dan harus hadir secara fizikal ke balai trafik berkenaan.

“Bayaran atas talian hanya melalui aplikasi mybayarsaman dan OKS (orang kena saman) perlu hadir bagi mendapatkan barcode diskaun mybayarsaman.”

Menurut kenyataan itu juga, “Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan tunai atau debit kad atau kredit kad. Tetapi admin menggalakkan pembayaran secara tunai untuk mengelakkan masalah semasa pembayaran.”

Selain itu, tawaran diskaun ini layak untuk saman yang dikeluarkan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja dan tidak melibatkan saman agensi-agensi lain.

Bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan kepada 9 jenis kesalahan seperti kesalahan menggunakan lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, jalan semasa lampu isyarat merah, kesalahan tidak boleh kompaun (NC), saman pengubahsuaian ekzos, memotong secara bahaya (potong Q), saman kemalangan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan status perbicaraan.

Tambahnya, “Orang awam yang ingin melakukan pembayaran perlu membuat semakan saman dahulu kemudian pindaan saman dan seterusnya pembayaran saman.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: