Tempatan

Ubah Haluan Mengejut, Pemandu Boleh Dipenjara – PDRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2022 – Pemandu yang mengubah haluan secara mengejut sehingga menyebabkan kecederaan parah boleh didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000.

Mereka juga boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan, tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Facebook mereka.

Menurut PDRM, seringkali berlaku pemandu mengubah haluan secara mengejut tanpa memberi isyarat amaran (signal).

Perbuatan ini bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan bahkan lebih teruk mendatangkan kecederaan parah buat pengguna jalan raya yang lain.

“Apabila kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa,” tegas jabatan keselamatan itu.

Tambah PDRM, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta boleh juga dipenjara tidak melebihi 12 bulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: