Tempatan

Culik Warga Palestin: Jangan Buat Spekulasi – Ketua Polis Negara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi berhubung penculikan seorang lelaki warga Palestin sekali gus mengganggu siasatan dan mengelirukan orang awam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, “Kesemua 11 individu yang dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 14 Oktober merupakan suspek yang terlibat dalam kes penculikan seorang lelaki warga Palestin.”

Kesemua suspek terlibat telah dituduh dan siasatan lanjut sedang dijalankan sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 15 Disember.

Bulan lalu, seorang lelaki warga Palestin diselamatkan polis, sehari selepas mangsa diculik individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dalam kejadian di Jalan Yap Kwan Seng pada 29 September 2022.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mangsa yang berusia 31 tahun diselamatkan selepas pihaknya menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 September hingga Khamis, 13 Oktober 2022.

Rentetan kes ini, media melaporkan, ejen perisikan Israel, Mossad merekrut rakyat Malaysia untuk menculik dua lelaki warga Palestin yang dipercayai merupakan aset Briged Pejuang Hamas Al-Qassam.

Dalam operasi ragut yang berlaku di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur pada 28 September lalu, pasukan perisik upahan Israel dalam kalangan rakyat Malaysia memintas dua lelaki Palestin, kedua-duanya merupakan pakar pengaturcaraan komputer, ketika mereka hendak memasuki kenderaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: