Tempatan

Guna J&T Tipu Pelanggan, Taktik Terbaharu Scammer

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Jun 2022 – Tular di media sosial taktik terbaharu scammer yang menjalankan modus operandi mereka dengan menyamar sebagai pihak kurier dari syarikat J&T.

“J&T baru sahaja hubungi saya maklumkan ada bungkusan “yang belum dituntut”. Saya peliklah sebab saya tahu pergerakan bungkusan saya. Tak ada yang sangkut. Lepas tu mereka dengan profesionalnya minta nombor I/C saya. Tapi saya tak bagi sebab rasa ragu-ragu,” kata @PhoebeSyafinaz, seorang pengguna Twitter di laman sosialnya.

WhatsApp-Image-2022-06-02-at-12.53.23-PM-300x222.jpeg

Ujarnya, pihak terbabit juga menamatkan panggilan selepas menggelarnya sebagai “bod*h”.

“Lepas tu dia “bod*h” kan I dan tamatkan panggilan. Adakah ini jenis scam terbaharu?” soalnya.

Kata @PhoebeSyafinaz lagi, tindakan itu menimbulkan keraguan kerana berdasarkan pengalaman bekerja di syarikat kurier, pelangganlah yang kebiasaannya menghubungi syarikat kurier, bukan sebaliknya.

“Silap oranglah dia nak scam. Saya pernah kerja dengan syarikat kurier sebelum ni dan saya sangat-sangat tahu syarikat-syarikat kurier jaranglah akan hubungi pelanggan minta tuntut bungkusan. Awak yang kena kejar kurier untuk minta hantar balik bungkusan. Apa lagi J&T yang sekarang ni ada jumlah bungkusan terbesar. Mana ada masa nak hubungi kita,” tegasnya.

Perkara ini juga disahkan oleh seorang lagi pengguna Twitter yang sekarang ini bekerja dengan syarikat J&T sendiri.

“Saya kerja dengan J&T. Selalunya J&T cuma akan hubungi untuk maklumkan tentang penghantaran atau nak minta sahkan semula alamat dan rumah sahaja. Setakat ni memang dah tak minta I/C sebab kita guna bukti penghantaran,” kata Aida Zeeman.

WhatsApp-Image-2022-06-02-at-12.53.22-PM-300x229.jpeg

@PhoebeSyafinaz bukan satu-satunya yang hampir menjadi mangsa sindiket scam yang menyamar sebagai pihak J&T. Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, beberapa pengguna media sosial lain juga berkongsikan pengalaman mereka dihubungi oleh “pihak J&T”.

“Weh I rasa sama modus operandi dekat I kena tapi I bod*h! I bagi nombor I/C I sebab dia hubungi nombor pejabat I. I penyambut tetamu, lepas tu kata ada bungkusan I sangkut atas nama I dan alamat pejabat. Tak logik I nak letak alamat pejabat. Lepas tu dia kata nak hubungi I balik tapi sampai sekarang tak hubungi,” kata @Suuuuee__, meluahkan rasa susah hatinya.

WhatsApp-Image-2022-06-02-at-12.53.25-PM-300x225.jpeg

 

@mnrhrhzl pula berkata, “Ingatkan aku sorang je pernah kena scam dengan J&T ni, dia hubungi dan cakap ada bungkusan tak tuntut. Aku macam peliklah sebab memang tak ada beli barang tau. Lepas tu dia suruh bacakan tracking number. Aku cakaplah mana ada tracking number, lepas tu dia terus tamatkan panggilan.”

WhatsApp-Image-2022-06-02-at-12.53.24-PM-300x229.jpeg

Sebelum J&T, sindiket scam pernah menipu orang ramai dengan menyamar sebagai pihak dari Pos Laju Malaysia, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Baru-baru ini LHDN mengeluarkan kenyataan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak scammer yang menyamar sebagai pegawai dari LHDN.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) dan memperdayakan ramai mangsa melalui panggilan telefon.”

“LHDN menegaskan hal berkaitan percukaian tidak akan dibincangkan melalui panggilan telefon peribadi, sebaliknya sebarang permohonan maklumat daripada pembayar cukai dan arahan pembayaran cukai tertunggak akan dilakukan secara teratur melalui surat atau e-mel rasmi yang menggunakan domain @hasil.gov.my,” tegas LHDN.

 

Leave a Reply

Back to top button