Tempatan

Enakmen Penukaran Agama Secara Unilateral Negeri Perlis Kuno – P Ramasamy

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 April 2022 – Pemimpin DAP, P Ramasamy dalam satu kenyataan mendakwa bahawa Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuta tuli mempertahankan enakmen kuno Negeri Perlis berkenaan penukaran agama secara unilateral.

“Dialah yang secara membuta tuli mempertahankan enakmen kuno Negeri Perlis mengenai penukaran agama secara unilateral walaupun ia bercanggah dengan Perlembagaan Negara.”

Sedangkan, “Hakikatnya ialah dia tidak dapat menerima hakikat pertemuan semula ibu tunggal Loh Siew Hong bersama tiga anaknya yang di bawah umur.”

Dakwa P Ramasamy lagi, Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga berpura-pura bahawa dia seorang yang arif tentang pelbagai perkara daripada perspektif Islam dan menganggap dirinya sebagai juara Islam di negara ini.

Bukan itu sahaja malah P Ramasamy berkata beliau, “Risau apabila memikirkan apa yang akan berlaku kepada negara kita sekiranya tokoh agama seperti Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis mempunyai keutamaan dalam memutuskan berkenaan perihal undang-undang.”

Baru-baru ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan menjawab kepada pertanyaan beberapa peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang salah ataupun zalim.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengharamkan membela yang salah ataupun yang dosa.

“Dosa wang yang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.”

Leave a Reply

Back to top button