Tempatan

Wujudkan Kedai Harga Rendah, Sedia Kad Khas Buat Golongan Sasar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 Julai 2022 – Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr Yusof Saari, mencadangkan agar kedai harga rendah diwujudkan dan kad khas disediakan buat golongan sasar.

Katanya, kedai harga rendah itu boleh diwujudkan di kawasan penempatan golongan B40 dan M40 dengan tawaran harga barangan keperluan harian yang berpatutan.

“Dengan mewujudkan kedai harga rendah ini, golongan B40 dan M40 dapat menerima manfaat dan penjimatan dalam perbelanjaan harian,” ujarnya.

Menurutnya, kad khas boleh disediakan oleh pihak Kerajaan di mana hanya individu yang mempunyai kad khas ini sahaja yang boleh membeli di kedai berkenaan demi memastikan golongan sasar ini menerima manfaat tersebut.

Lapor Astro Awani, inisiatif tersebut merupakan antara cadangan dari pakar ekonomi demi menangani isu kos sara hidup ketika ini.

Sebelum ini, Samudera.my pernah melaporkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi terutamanya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: