Antarabangsa

Ahli Perniagaan Dikehendaki Polis Malaysia & China Berjaya Ditangkap

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 04 September 2022 – Ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan negara Malaysia dan China, Teow Wooi Huat, 55, berjaya ditahan dan dijangka dihantar ke China tidak lama lagi, lapor sebuah portal tempatan.

Menurut Penolong Ketua Polis Negara Thailand, Pol Lt-Gen Surachate Hakparn, meskipun polis Malaysia turut meminta buruan itu dihantar pulang ke tanah air, namun pihak polis Thailand memutuskan untuk menghantarnya ke China.

Teow Wooi Huat, pengasas Kumpulan MBI yang disenaraikan oleh Bank Negara sebagai sebuah syarikat yang menjalankan skim kewangan yang meragukan berada di bawah tahanan Polis Imigresen Thailand selepas visanya dibatalkan pada 22 Julai, dan sejak itu dia menunggu pengusiran pihak berkuasa Thailand.

Pada 25 Julai lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya dalam proses memohon agar pengasas Kumpulan MBI itu dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dia juga dikehendaki polis Beijing membabitkan saman yang difailkan kira-kira 400 pelabur China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai kira-kira RM100 juta.

Teow Wooi Huat sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia pada 9 Ogos, tetapi terhenti susulan pihak berkuasa Thai turut menerima permintaan ekstradisi daripada kerajaan China.

Lapor portal tempatan, pada 2017, Teow Wooi Huat telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah tetapi dia berjaya meloloskan diri ke Thailand dan terlepas hukuman mati.

Pada 2019, kira-kira 100 warga China mendakwa mereka telah ditipu oleh skim piramid dalam talian yang dikendalikan oleh MBI serta mengadakan protes secara aman di luar Kedutaan China di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: