Tempatan

Bahasa Melayu Lambang Jati Diri – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2022 – Peguam, Lukman Sheriff Alias menegaskan bahawa bahasa Melayu itu melambangkan jati diri, dengan memberikan contoh ketika forum antarabangsa di United Nations yang mana wakil-wakil dari pelbagai negara menggunakan bahasa negaranya sendiri, yang sekaligus tindakan tersebut secara tidak langsung memperkenalkan asal usul perwakilan tersebut.

“Sebagai jati diri negara kita guna BM bilamana negara lain pun guna bahasa sendiri.”

Dalam kenyataan di Facebook, beliau turut menegaskan bahawa tidak ada masalah untuk rakyat Malaysia fasih dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.

Justeru, Lukman Sheriff dalam hantarannya yang disertakan dengan tangkap layar kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz dari The Star mempersoalkan bekas Menteri Kabinet tersebut, “Apalah masalah TS Rafidah ni?”

“Tak da siapa kata jangan tak master English. Zero sum mindset TS Rafidah ni,” tempelak beliau yang juga Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA).

Baru-baru ini, Tan Sri Rafidah Aziz mengkritik keputusan kerajaan yang menekankan pemerkasaan bahasa Melayu, termasuk dakwaannya bahawa Kerajaan memaksa pelajar asing agar mempelajari bahasa Melayu.

“Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang diiktiraf, jadi mengapa sebaliknya kita undur dan mundur dengan menekankan bahasa Melayu? Saya tidak faham ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: