Tempatan

Tradisi Berbuka Di Padang Mungkin Kembali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 30 Mac 2022 – Tradisi berbuka puasa di padang MBK1 ada kemungkinan akan dibenarkan semula pada tahun ini jika diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak menghalang jika tradisi itu kembali diadakan jika Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memperoleh kebenaran Kerajaan Negeri.

“Secara dasarnya, mereka (MKN) tidak ada halangan (untuk membenarkan) jika kerajaan negeri memberikan kebenaran dan hari ini kerajaan Negeri ada Mesyuarat Exco jadi kita tunggulah kalau ada pengumuman atau keputusan dibuat berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media pada Majlis Penyerahan Permit Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di Dewan Bandaraya pada Khamis lalu.

Menurutnya, pihaknya telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat seandainya kerajaan Negeri membenarkan.

Antara SOP ditetapkan MBK ialah peniaga dan pelanggan perlu lengkap sekurang-kurangnya dua dos vaksin COVID-19 dan mengimbas MySejahtera di pintu masuk bazar.

“Semua SOP dikuatkuasakan tahun lalu juga kita teruskan untuk bazar tahun ini dan kita sekali lagi menggalakkan peniaga dan pelanggan melakukan transaksi tanpa tunai dalam urusan jual beli di bazar Ramadan atau bazar Aidilfitri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuantan pada tahun ini, ‘Lestari dan Pintar’ dipilih sebagai tema yang mana semua peniaga perlu menggunakan beg plastik yang boleh dikitar semula dan tidak menggunakan bekas polisterin, dawai kokot dan penyedut minuman plastik.

Baru-baru ini, laman sosial Instagram House of Pahang turut berkongsi sebuah posting imbas kembali tradisi berbuka di padang.

“Ketika pandemik, tradisi yang mengeratkan hubungan keluarga ini terhenti seketika. Ramai yang merindui saat-saat ini. Ketika negara sudah beralih ke fasa endemik, ramai warga Kuantan seolah tidak sabar menanti, apakah tradisi ini dapat disambung semula tahun ini? Orang Kuantan rindu tak?”

Posting tersebut mendapat sambutan dari warga maya yang memberikan maklum balas yang positif dan mendapat sekitar 7000 tanda suka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: