Tempatan

Keluarga Perlu Bantuan Sekolah, MUIP Tawar Bantuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 15 Februari 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menawarkan bantuan persekolahan anak-anak bagi keluarga yang benar-benar memerlukan.

Menurut Dr. Asmadi Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, mereka boleh hadir ke pejabat MUIP di setiap daerah dan mengisi borang permohonan.

“Bantuan persekolahan, kami boleh bantu beli baju atau yuran dan berkaitan bagi membantu takut ada yang bekalan terputus,” ujarnya seperti dilaporkan portal Malaysia Gazette.

Selain bantuan persekolahan, MUIP turut menyalurkan bantuan kepada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada segi bantuan kewangan dan keperluan asas secara bulanan serta rawatan kesihatan.

“Antara bantuan layak diterima ialah bantuan kewangan dan keperluan asas secara bulanan serta kesihatan,” kata Dr Asmadi.

Tambah beliau lagi, MUIP terus mendekati golongan asnaf sekali gus melihat masalah dihadapi seterusnya memberi bantuan yang diperlukan mengikut keperluan masing-masing.

Sehubungan itu, beliau memohon mereka, terutamanya ketua kampung dan penghulu, yang mengenali golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan untuk menghubungi MUIP agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

“Atau mereka mengetahui tentang kewujudan asnaf yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pihak kami dan saya berharap pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan penghulu dapat bekerjasama memberi maklumat di kawasan mereka mengenai masalah dihadapi penduduk setempat.”

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain sebelum ini memaklumkan, bagi tahun lalu, RM177.4 juta telah diagihkan kepada 173,000 asnaf yang layak dan golongan asnaf fakir miskin menjadi antara penerima terbesar bantuan zakat bagi tahun lalu, dengan jumlah RM75 juta, melibatkan 126,000 penerima.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: