Tempatan

Permohonan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 Kini Dibuka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 06 Januari 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kini membuka permohonan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir menerusi Program Agihan Prihatin Zakat (APZ) Mangsa Banjir Pahang 2021.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman menjelaskan bahawa MUIP memperuntukkan sebanyak RM9 juta menerusi program tersebut.

Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM500 bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir yang terjejas selepas banyak harta benda yang rosak.

Bantuan akan disalurkan kepada setiap KIR selepas pihak MUIP selesai menerima semua permohonan daripada mangsa banjir di seluruh negeri Pahang dan bayaran permohonan yang berjaya akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima tersebut, kata Dr Asmadi Abdul Rahman.

“Permohonan APZ mangsa banjir Pahang 2021 boleh dibuat menggunakan borang yang disediakan MUIP dan pengesahan daripada penghulu atau ketua kampung diperlukan.”

Antara syarat permohonan ialah pemohon hendaklah beragama Islam, warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin di Pahang,” jelas Dr Asmadi Abdul Rahman.

Untuk maklumat lanjut, layari easnaf.muip.gov.my atau berhubung menerusi whatsApp 011-30163883. Tarikh tutup permohonan Program Agihan Prihatin Zakat (APZ) Mangsa Banjir Pahang 2021 adalah pada 15 Februari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: