Tempatan

JKM Sahkan Wanita Komedi 15 Juzuk Bukan Pemegang Kad OKU

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2022 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui satu kenyataan media mengesahkan bahawa Cik Siti Nuramira Abdullah adalah bukan pemegang Kad OKU berdasarkan semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU).

Oleh itu, JKM menggesa pihak yang terlibat memperbetulkan kenyataan tersebut supaya tidak timbul salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU.

JKM dalam kenyataannya juga menyarankan pihak media agar mendapatkan pengesahan terlebih dahulu tentang sesuatu perkara supaya perkara yang dilaporkan adalah sahih, seperti isu Siti Nuramira Abdullah yang sepatutnya pengesahan tersebut dibuat kepada JKM sendiri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Seterusnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita tanpa menyemak kesahihannya, maklum jabatan tersebut dalam hantaran di Twitter rasminya.

“Sila layari laman portal rasmi JKM di http://jkm.gov.my atau media sosial rasmi JKM untuk sebarang informasi berkenaan perkhidmatan JKM. Ingat! Tidak pasti jangan kongsi.”

Sebelum ini, tular satu infografik di laman sosial dan portal digital yang mengatakan bahawa Siti Nuramira Abdullah, wanita yang didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan sehingga menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan orang Islam adalah pemegang kad OKU.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: