Tempatan

Isu Anak Mualaf: Jangan Ada Hasrat Tukar Agama Anak-Anak Loh – Khairil Nizam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 31 Mac 2022 – “PAS hari ini ingin memberi amaran tegas bahawa jangan ada mana-mana pihak yang ingin atau berhasrat menukar agama anak-anak ini,” ujar Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Kahirudin.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu bagi menyeru semua ahli politik, para cendekiawan, mufti, pendakwah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bersatu serta senada dalam isu keselamatan akidah anak-anak Loh Siew Hong.

“Umat Islam di negara ini akan bersatu demi keselamatan akidah mereka.”

“Keislaman mereka adalah atas dasar kefahaman, kesedaran dan kerelaan mereka sebagai manusia yang merdeka hasil daripada pengajian serta pendidikan Islam yang mereka lalui,” tambah beliau.

Pada 21 Februari, media melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga beradik yang sebelum ini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikembalikan kepada ibu kandungnya serta merta.

Menurut Ketua Penerangan PAS berkenaan, keputusan itu hanya melibatkan isu penjagaan dan tidak menyentuh isu agama apatah lagi memerintah atau membenarkan anak-anak tersebut untuk meninggalkan agama Islam.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan oleh Loh Siew Hong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: