Tempatan

MUIP Sumbang Beli Van Untuk KUIPSAS

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 30 JULAI 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang merupakan Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berkenan mengurniakan sumbangan pembelian van kepada Kolej Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS) pada 27 Julai baru-baru ini.

“Baginda berkenan untuk sesi Pengurniaan Pembelian Van berjumlah RM 129 ribu kepada YBrs. Prof Madya Dr Haji Zawawi Bin Zainal Abdin selaku Rektor KUIPSAS. Pengurniaan van tersebut bertujuan untuk memudahkan urusan kakitangan dan warga institusi tersebut yang pada masa kini sedang mengalami kekurangan kenderaan,” lapor House of Pahang.

Dalam majlis yang sama, Tengku Mahkota Tengku Hassanal juga berkenan untuk sesi Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Sistem Pendidikan Islam Pahang (SPIPSB).

“YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn Bhd. telah menyerahkan zakat peniagaan yang berjumlah RM 61,358.45 kepada Baginda selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP.”

Sesi serahan zakat perniagaan dan kurniaan van kepada KUIPSAS itu telah dijalankan dalam satu majlis ringkas yang diketuai oleh Pusat Kutipan Zakat.

Turut hadir bersama pada hari itu adalah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button