Tempatan

OKU Berang Sistem UPU Tolak OKU

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Februari 2022 – “Marah betul rasa bila dapat tahu ada banyak course yang tak mahu terima OKU dalam sistem UPU. Tahun 2022 dah kot. Kenapa nak halang OKU membangun, kalau tak cukup kemudahan, sediakan, permudahkan, bantu,” kata Afif Mukhtar dengan berang.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Beliau menyatakan amarahnya selepas permohonan rakannya ditolak Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) disebabkan rakannya itu merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU).

Tambahnya, berdasarkan pemerhatian, kebanyakan kursus yang menolak kemasukan golongan OKU adalah kursus pendidikan.

“Kebanyakan kursus dari pemerhatian adalah kursus pendidikan. Awat OKU ni takleh jadi cikgu kaa.”

Perkara ini sekaligus menimbulkan kemarahan netizen yang rata-ratanya bersetuju, diskriminasi terhadap golongan OKU Malaysia sememangnya wujud.

“So memang benarlah ada diskriminasi. Memang kita faham ada sesetengah course tidak sesuai tapi tak kan la semua.. OKU pun ada pelbagai category. Ada fizikal ada non fizikal..,” kata Syah Salleh pula.

Seorang lagi netizen dengan nama Chill menambah, sememangnya banyak universiti awam yang tidak mengambil golongan OKU.

“Banyak je universiti memang tak nak ambil orang OKU boleh search je kat Google syarat kemasukan course kat universiti awam bacalah sendiri nak tulis kat sini panjang sangat.”

Tambahnya, selain jenis kursus, kemudahan di universiti juga tidak mesra OKU.

Sometimes dia bukan sebab course tu sesuai ke tak it’s about kemudahan, for example ada student kena guna wheelchair tapi dekat block akademik tak disediakan lif so macam mana student ni nak masuk bilik kuliah kalau bilik tu ada di tingkat atas.”

Hal ini turut dipersetujui oleh Syah Salleh di dalam ciapannya.

One of the reason..new university sepatutnya OKU friendly. Next, boleh adopt online learning.. By the way, again OKU ada pelbagai category..bukan semua limited by physical :-).”

Seksyen 28 Akta Orang Kurang Upaya 2008, di bawah tajuk Akses kepada pendidikan menyatakan, (1) Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat;

Selain itu, (2) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.

Leave a Reply

Back to top button