Tempatan

MUIP Rancak Agihkan Bantuan Zakat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEMERLOH, 14 April 2022 – Seramai 230 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Naim, Kuala Krau Temerloh menerima Bantuan Zakat Awal Pendidikan Sekolah Menengah Agama Majlis agihan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Temerloh, semalam.

Bantuan zakat pendidikan itu diagihkan bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan persekolahan sekaligus dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak-anak.

Bantuan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM23,000 itu telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari MUIP Cawangan Temerloh dan Ibu Pejabat MUIP serta Guru Besar sekolah berkenaan.

Sebelum ini, MUIP cawangan Maran telah menziarahi dan berkunjung ke rumah asnaf untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan kepada penerima bantuan.

Bantuan yang berjumlah RM36,000 tersebut adalah dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Jengka serta Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: