Tempatan

Bella Hadir Ke Mahkamah Untuk Sesi Pengecaman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2022 – Remaja berumur 13 tahun yang menghidap Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, dibawa ke Mahkamah Sesyen, hari ini untuk sesi pengecaman oleh tiga orang saksi.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, selain Bella, terdapat lima lagi individu berumur antara tiga hingga 17 tahun hadir ke mahkamah bagi sesi pengecaman itu.

Sesi pengecaman akan dilakukan oleh tiga saksi iaitu pembantu pengurus syarikat, Zurianty Sudin, 39, penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, dan pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40.

Bella dibawa masuk ke bilik saksi pada jam 9.50 pagi ini oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan disambut oleh peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Ketika ditemui, Khairul Anwar berkata pasukan peguam pemerhati menyambut Bella dan mendapati remaja terbabit berada keadaan sihat sejahtera.

“Diharapkan keadaan anakanda, Bella kekal stabil hingga selesai prosiding hari ini, terutama ketika proses pengecaman oleh saksi, sebentar lagi.”

“Pihak peguam pemerhati merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak JKM kerana melindungi dan menjaga Bella hingga kembali sihat.”

“Kami juga merekodkan penghargaan kepada pihak pendakwa raya kerana memberikan kerjasama baik pada prosiding hari ini,” katanya.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: